Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts

Sunday, November 2, 2014

Wajib Baca ! Akhirat dan Dunia

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM..

.

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*

Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya... "pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebarknlah,xperlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri. . .

copy dari group whatsapp

Monday, January 6, 2014

Nostalgia Keheningan Kampung

Suasana kehidupan di kampung menggamit dalam memori ini. Apatah lagi mengenangkan sewaktu kecil arwah ibu dan bapa akan mengerjakan bendang pada waktu cuti. Apatah lagi ayahku yang merupakan guru sekolah kebangsaan juga sibuk membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Walaupun beliau seorang guru namun gaji yang kecil pada waktu itu tidak mampu meberikan kemewahan kepada kami sekeluarga. Cukup memberikan ilmu dan penghidupan yang selesa telah membentuk kami adik beradik menjadi orang yang berguna. Video yang ditunjukkan seterusnya betul-betul menginagtkan aku peristiwa hampir 38 tahun yang lalu. Sekarang tanah bendang itu telah dipawah kepada orang lain untuk diusahakan.

Friday, February 15, 2013

Wajah Terkini Surau Darul Musada

Alhamdulillah sejak surau Darul Musada ditadbir oleh pengurusan baru pada bulan April 2009, pelbagai pembaharuan telah berjaya dilaksanakan di surau ini. Kebetulannya admin telah dilantik sebagai AJK surau maka banyak yang telah admin belajar untuk membina diri sendiri serta membawa masyarakat ke arah sayangkan surau. Oleh itu pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang 3 tahun dipegang oleh pihak kami. Maka bulan April ini berakhirlah mandat kami sebagai AJK Surau Darul Musada. Maka terpulanglah kepada masyarakat di kawasan ini sama ada ingin mengekalkan JK yang sedia ada atau melantik ajk yang baru. Namun begitu terdengar ura-ura ada pihak yang berkenaan akan mengambilalih JK surau kali ini serta menyusun mengikut kehendak dan selera mereka sebagaimana sebelum tahun 2008. Oleh itu tepuk dada tanyalah iman. Kepada Allah kita berserah.
Pandangan dari luar
Pantri
Tempat Mengambil wuduk
Piagam Surau
Pandangan dari dalam surau (dilengkapi aircond)
Pengerusi Surau Imam Jailani Hashim
Bilal Bertugas Sdra Tajul
Bekas Setiausaha Surau : En Jamal Nasir