Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wednesday, December 7, 2016

Catatan Edisi Khas

Sejurus mesyuarat pertama untuk persediaan 1997 tamat, aku dilantik sbg pengerusi Kelab Guru SMKB tahun 1997. Arwah cikgu Nordin merupakan merupakan pengerusi majlis pd hari itu. Kelihatan rakan2 guru yg lain spt cg zamri, cg Aswadi, cg Ainon, cg Siti Azam, Cg Norhayati, Pn Low, En Chai dll.

Terkejut aku dengan lantikn tersebut. Maklumlah aku bukannya arif dengan suasana di Kuala Lumpur pada masa itu. Namun aku bertekad untuk buat yang terbaik. Dalam mesyuarat itu juga diperkenalkan dua orang guru baru dari Kelantan iaitu cik Rohana Yacob dan Cik Rosniza Mohd. Mereka berdua lepasan daripada Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. En Chew Teck Ann yang merupakan pengetua SMKB memang berasal dari Terengganu. Terus beliau kecek ganu dan memperkenalkn kedua2 cikgu tersebut. Ketika aku ingin pulang ke rumah setelah urusan mesyuarat selesai aku diberitahu cikgu baru itu nak cari rumah sewa. Kebetulan dengan jawatan baru sebagai pengerusi kelab guru dan dibantu pula oleh cg Zaidi Yatim yg kini telah bertugas di Kelantan maka kami cuba utk membantu kedua2 guru tersebut.

Kebetulan pula rakan guru yang sama2 posting dgn aku iaitu cg Sofea dan cg Hasiah Idris perlukan rakan untuk tinggal di rumah sewa di Tmn Bukit Desa, Kepong. Rupa-rupanyanya cg Rohana dtg dgn ibu, tok sedara(Mok Selamah) dan abang sulong iaitu abg Zahari Yacob. Mereka menaiki kereta Mitsubishi Galant. Aku terus menyapa mereka dan menghulurkn pertolongan utk menunjuk arah ke rumah sewa tersebut. Kulihat kedua-dua org tuatu tersengih melihatku. Entahlah apa yang mereka fikirkan. Moga yang baik-baik aja.

Pertama kali aku lihat cg Rohana ni dia suka senyum. Kuntum senyuman ni membuatkan jantungku berdetak. Apatah lg aku pun masih single waktu itu. Entahlah apa perasaan, aku pun tak tahu tp macam seronok je..hihi Kedua-dua cikgu ini telah ditempatkn di sebelah petang, manakala aku pula yg sebelum ini mengajar pd sesi petang telah ditukarkn ke sesi pagi utk mengajar bm, Sej dan Geografi menggantikan cg muhyidin yang bertukar ke Perlis. Padahal opsyen aku ialah bm/sej. Tp aku juga minat Geog sehingga aku ditawarkn utk menulis buku geografi dgn syt Pearson sehingga 2008. Aku juga menulis buku sejarah Tingkatan enam. Itupun hasil galakan cg Mahdi Shuid yang sekarang menjadi pensyarah di IPG Teknik di Sepang. Tidak lama kemudian, aku terpaksa berhenti menulis utk menumpukn perhatian kpd pengajian peringkat sarjana di bawah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

Tiba satu saat apabila cuti pertengahan penggal bakal menjelma aku mendapat call drp salah seorang cikgu tersebut iaitu cg Rosniza. Waktu itu belum ada h/p tp gunakn tel rumah atau awam. Cg Rohana mmg pemalu sampai sekrg..cg itu minta tolong utk belikn tiket nak balik kg. Kebetulan cuti itu bersekali dgn hari raya puasa. Bulan mac. Pening juga aku. Padahal sebelum ini aku dgn zaidi mmg berjuang utk mendptkn tiket balik kg. Ini nak fikir utk dua org lg. Sdg aku berfikir teringat seorg kwn yg aku kenal ketika membuat lawatan ke Langkawi pd 1995 iaitu Razali seorang posmen.

Razali ni tinggal di Kg Melayu Bt Caves. Juga berasal dari Kelantan. Umur agak tua berbanding aku. Namun dia seorang yang baik dan peramah. Apabila aku call dan menceritakan masalah nak beli tiket terus dia ckp ok takder masalah. Tapi aku cakap kena extra 2 keping lagi untuk cikgu baru. Terus dia tanya perempuan ke lelaki, Aku cakap cg perempuan dua orang masih single lagi. Moleklah dia ckp. Baruku ingat Razali ni pun belum kahwin lagi. Tapi dia bagi syarat suruh cikgu tu sendiri yang call dia..ha ha. Soalan yang paling kelakar dia tanya dalam dua orang tu yang mana aku berkenan. Yang aku tak berkenan tu past ke dialah...oh itu syaratnya senanglah jawab aku dalam hati. Yang pastinya mereka sekarang sudah mendirikn rumah tangga 3 bulan selepas perkahwinan kami. Sekarng kedua-duanya dah berpindah ke Kelantan. Jarak rumah antara mereka juga dekat iaitu Pendek dgn Tunjong. Namun masih stay in touch dengan isteri aku.

Berbalik kisah kami pula...pada suatu hari aku memberanikan diri untuk sampaikan hajat tapi melalui kawan baiknya itulah. Sebenarnya rakan-rakan di sekolah anggap aku ni ada hubungan dgn Rosniza, padahal dgn yg satu lagi..haha. Terutama PK Petang waktu itu Pn Aw Tee Wan yg berasal dari Kelantan pun anggap aku mcm tu sehinggalah aku memberikan kad jemputan kahwin..terkejut dia. Haiyaa kamu bkn dgn Rosniza kaa..aku jawab taklah pn...mmg kelakar.

Masihku ingat pada bulan mac 1997. Aku diterima dengan rasminya...rasa nak terbang waktu itu. Pada hari itu Cik Rohana & Rosniza ditugaskan utk iring pelajar bola tampar ke SMK Jinjang. Waktu itu guru sukan ialah cikgu Samad Abu. Dia pun pandang semacm bila aku pergi sekolah tersebut. Padahal aku bukan cikgu bola tampar pun...aku tersengih melihat cikgu Samad. Mung wat gapo sini dia tanya sambil senyum. aku terkedu. Tapi dia tersengih sengih...lucu betul.

Pada cuti bulan April aku membawa keluarga untuk menziarahi keluarganya di Kg Kebun P.Kubor. Arwah ibu ku cukup berkenan. Dia ckp jurus dan sedap kelih..lagi hatiku berbunga-bunga. Waktu itu kami naik kereta Oppel Kadet milik abang iparku abg Mat Hussin seorang askar wataniah. pada hujung bulan 5 kami pun bertunang. Majlis itu diiring bersama oleh arwah Makcik Nah Kg Laut serta beberapa orang kampung. Siap dengan sirih junjung serta pulut semangat.

Hasil perbincangan antara wakil lelaki dan perempuan maka ditetapkan tarikh perkahwinan sekitar bulan 12. Namun tidak ada kata putus lg tentang tarikh yang sebenar. Ayah cg Rohana seorang nelayan. Selalu ke laut. Kadangkala ke Tok Bali jika ke laut dalam.

Pada malam 6 Dis 1997 majlis akad nikad dilangsungkan. aku naik kereta Honda Accord 'Jerung" milik abangku Khai Noor yg bekerja sbg ejen insurans. Majlis itu disempurnakan oleh arwah Haji Li (imam masjid Huda PKubor). Isteri arwah adalah qariah Kelantan iaitu hajah Sapinah bt mamat).arwah juga merangkap seorang mudim. hampir pukul 10 baru imam tu datang dia ckp baru pergi sunat budak dulu. Aku dahla seram sejuk. perut pulak mcm2 bunyi...hihi. waktu itu musim tengkujuh, rombongan kami terpaksa lau jalan yang jauh kerana laluan biasa telah dinaiki air iaitu meranti-Kg Jambu(Beruk)-Cbg Empat Tok Mekngah-P.Kubor. Arwah Pakcu Seman ayah kpd (Rohana Rohana Ana) juga datang.

Pada hari persandingan tidaklah sampai menyewa jinjang pelamin tapi cukup sekadar atas katil. Dgr cerita hiasan pada bilik persandingan dibuat sendiri tanpa upah profesional. Baju pengantin pula disewa dengan seorang mak andam di cabang tiga Kg Genting iaitu Pn Maskah. Pada hari persandingan isteriku nak pakai tudung walapun trend waktu itu pengantin perempuan bleh dikatakan free hair. Pada hari itu juga rakan-rakanku dari SMKSB iaitu Cg sharif yang membawa Handycam dan rakan serumah sewa iaitu Cg Zaidi Yatim datang meraikan perkahwinan kami. Sanak saudara dan rakan taulan pun ramai. syukur alhamdulillah.

maka itulah cerita kami. setahun kenal dan terus kahwin. Alhamdulillah hinggalah sekarang dikurniakan 4 cahaya mata. 1 lelaki dan 3 perempuan.

Monday, April 16, 2012

happy Birthday Najwa



Tanggal 13 April 2007 yang lalu lahirlah seorang bayi yang diberi nama Wan Nur Fatin Najwa di Hospital Sg Buloh. Lahirnya lain drp yg lain. Apa tidaknya lahirnya melalui pembedahan. Ketika dilahirkan bayi itu hanya seberat 1.17 kg shj. Terlalu ringan. Pembedahan terpaksa dilakukan kerana isteriku mengalami darah tinggi. Lantaran waktu itu beliau sdg berhempas pulas untuk menamatkan pengajian di OUM. Tambahan pula terpaksa melalui kursus ETEMS yg amat menguji kesabaran fizikal dan mental. Syukur skrng bayi itu sudah berumur 5 tahun dan amat lincah orangnya.

Sunday, March 15, 2009

Siapa Wan Tahir dan keturunannya...? kemaskini

Mengikut ceritanya,Asal keturunan Wan Tahir ini adalah daripada Kesultanan Acheh. Wan Tahir telah bertugas sebagai guru agama di masjid Kg Laut dan selepas itu dikenal sebagai Tuan Guru Hj wan Tahir. Tidak lama kemudian mendapat perkenan istana Kelantan untuk dilantik sebagai Guru agama Istana Kelantan. Tugas beliau tidak lama apabila beliau berhirah ke Terengganu dan dilantik pula sebagai guru istana di Terengganu sekitar 1800-an. Selepas itu beliau tidak pulang-pulang dan akhirnya terputus hubungan sehinggalah kini. Cucunya Wan Kahiruddin telah menjalankan usaha untuk menjejaki keturunan beliau di Terengganu dan mendapat hasil positif (*akan diceritakan kemudian)


Di Kg Laut, anaknya ialah Wan Salleh merupakan guru al-Quran di masjid kg Laut.
Antara pekerjaan utama selain mengajar al-Quran ialah membuat tapisan(santan) drp logam. Selain itu berjaja kain batik ke seluruh Kelantan hinggalah ke Terengganu.

Wan salleh

Wan Salleh merupakan seorang yang cukup tegas dalam mendidik anak-anaknya iaitu Wan Ali, Wan Aminah, Wan Mohd Noor/Wan mamat, Wan Aishah, Wan maryam dan Wan Kamariah. Tok su Adam juga seorang alim yang seangkatan dengan Tok wan Leh dan Ipar/abang Tok wan Leh (* sila betulkan fakta ini)

Tok Su Adam

Salah seorang anaknya iaitu Wan Mohd Noor telah merantau sehingga ke Pasir Mas iaitu di Pusu 40. Beliau dikatakan telah berguru dengan Tengku Mahmood dan dijodohkan dengan seorang perempuan yg lebih tua daripadanya tetapi jodoh tidak panjang. Beliau juga menimba ilmu pengetahuan dengan PAksu Lah di cerangus. Beliau juga bersama-sama dengan para penduduk kampung telah mengasas Sekolah Rakyat di Kg Baru(cerangus).

Wan Mohd Noor dan J/K Pengasas Sek Kg Baru (1959)

kemudahannya cukup daif dengan sekolah yang berdinding buloh serta beratap rumbia dan berlantaikan tanah. Tetapi sudah cukup untuk memberi pengetahuan kepada penduduk kg Cerang Hangus sehinggalah ke Paloh pada waktu itu. Kalau nak kira hampir 70% org Cherang hangus dan sekitarnya merupakan anak murid Cikgu Wan Mohd Noor. Sekolah tersebut sekarang dikenal sebagai Sekolah Kg Baru, Pasir Mas.
Dalam perantauannya di tempat tersebut, beliau telah dianggap hilang oleh orang tuanya di Kg laut. Sehinggalah geger seluruh org Kg laut tentang kehilangannya. Sebenarnya beliau dikatakan telah disergah oleh ayahandanya Wan Salleh kerana nak berhenti sebagai guru, ini kerana faktor kecacatan kecil pada kaki yg dialaminya.
Beliau telah berkahwin untuk kali keduanya dengan seorg wanita di Kg Bukit yg telah dijodohkan oleh Pak Su Lah tetapi jodohnya tidak kemana dan tidak dikurniakan sebarang zuriat pun.
Tidak lama kemudian beliau telah berkahwin dengan seorg perempuan di Kg banggol Setol iaitu Nik Yam bt sulaiman yang statusnya sudah dikira 'janda' kerana sepertimana Wan Mohd Noor, Nik Yam juga telah dikahwinkan seusia 13 tahun lagi oleh bapanya Sulaiman(Bekas mata-mata) dgn seorg pemuda di kgnya iaitu Hj Hussin(meninggal 23 Feb 2009). Jodohnya juga tidak kekal lama. Kemudian beliau sekali lagi telah dijodohkan dengan seorg pemuda yg bernama Wan Harun dari Kg Lenggok. Perkahwinan ini telah menghasilkan seorg cahaya mata perempuan yg diberi nama Wan Azizah.
Namun jodohnya dengan Wan Harun tidak berpanjangan apabila Wan Harun hendak berpoligami. Nik Yam rela diceraikan daripada dimadukan. Penderitaan beliau tidak lama apabila dilamar oleh seorang pemuda yg berasal dari Kg Laut tetapi bermastautin di Kg Cherang Hangus iaitu Cikgu Wan Mohd Noor.
Sebenarnya banyak org mengata tentang perkahwinan ini kerana Wan mohd Noor seorang yg cacat. Apatah lagi gajinya pada masa itu sekitar RM63.00 sahaja. Sehingga ada org pergi 'cucuk' Nik Yam dengan mengatakan "Mu nak makan apa dgn org cacat ni" tetapi Nik Yam berpegang pada qada' dan qadar Allah bahawa jodoh dan ajal pertemuan milik Ilahi.

Gambar pada tahun 1982

Perkahwinan ini telah menghasilkan zuriat iaitu Wan khadijah, Wan Khairudin, wan Sukeri(meninggal pada 1977), Wan Noor Azmi, pasangan kembar wan Mustafa dan Wan Jusoh (meninggal pada 1975)dan yg bongsu Wan Mohd Naim.


sambungannya..nanti

*Segala fakta diperoleh drp arwah makcik Nah, wan Khairudin, wan Mohd Noor
* sepupu yg lain bolehlah bagi tambahan fakta untuk tatapan semua

Arwah Makcik Nah : Dalam kenangan


Dari kiri : Kak Zan,Kak Jah, Makcik Yah, Kak Som dan arwah
Duduk dari kiri : Dawini, Ashraf dan Ruzila
Gambar diambil pada 1982 sempena perkahwinan Kak Jah

Saturday, March 14, 2009

Catatan Jumaat - 13 Mac 2009

Semalam hari yang cukup meletihkan. Kebetulan aku ada kelas dari pukul 3 - 9 mlm. Aku pula mendapat jemputan melalui SMS drp sepupu(Abg Fauzi) di Sg Merab, Bangi sempena kenduri kesyukuran. Aku gagahi juga untuk pergi ke sana walaupun keadaan jalan dan hujan yang cukup merimaskan aku. Tambahan pula keadaan badan yg sgt2 letih.
Kadang kala terfikir juga aku buat apa pergi "demo tu bukannya suka bertandang ke sini". Tapi apabila memikirkan mungkin mereka pun ada urusan yg cukup penting sehingga tak sempat nak datang ke Sg Buloh dan paling penting teringatkan sikap bapa aku yg dulunya cukup suka mencari waris..aku lupakan semua itu.
Sememangnya aku punya ramai waris-warah di KL ni..kalau tgk nama2 sepupu-sepapat di sidebar blog ini sudah cukup untuk dinyatakan boleh buat satu kelab..Kelab Anak Cucu Tok Wan Leh. Kalau boleh dibuat satu gathering setiap tahun untuk menghimpunkan waris-warah di sekitar kuala lumpur. Segala hebahan bolehlah diajukan melalui blog ini. Secara tak langsung, hubungan dapat dikekalkan dan diharmonikan lagi.

Sementelahan pula tempat kami berkumpul setiap hari raya ialah di rumah arwah Makcik Nah. Namun sekarang beliau sudah meninggalkan kita semua.(bingkisan untuk arwah ada pada posting yg lalu..cuba check archives)
Teringat pula saat-saat gembira ketika aku balik kg..mesti aku spent masa untuk ke rumahnya. Arwah begitu gembira dengan kedatangan kami sekeluarga. Paling akhir ke rumahnya pada hari raya yang lalu iaitu hari raya yg kedua. Aku cukup suka dengan kuzi yg selalu dihidangkan pada setiap hari raya pertama. Tapi aku melepas kerana pergi pada hari yg kedua. Arwah cukup seronok melihat gelagat anak aku yg bongsu iaitu najwa. Kegembiraannya cukup luar biasa pada hari itu..aku pun perasan.. rupanya itulah pertemuan terakhir kami sekeluarga dengan beliau.

Sekarang yg masih ada ialah Makcik Yah, Makcik Sah dan bapa aku(Pakcik Mat). Pakcik Mat sekarang cukup uzur dan kadang2 ingat2 lupa. sembahyang pun tak kira waktu. Aku cukup sedih memikirkan keadaan beliau di kampung. Begitu juga Mek aku yg sudah tidak mampu duduk apatah lagi berdiri lantaran penyakit urat yg dihadapi sekian lama. Sampaikan kena angkat untuk ke tandas dan untuk mandi. mujurlah ada kakak sulong yg banyak berbakti untuk ibu aku di kampung. Kepada Allah aku berserah agar dipanjangkan umur mereka kerana Allah pada waktu ini masih lagi beri peluang untuk aku untuk berbakti kepada mereka berdua.

Oleh itu diharapkan waris-warah yang dok jauh tu kalau balik kg, jengok2lah...nanti... :(

Wednesday, March 4, 2009