Monday, May 4, 2009

Family

**Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

***********FAMILY*************

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = FATHER AND MOTHER I L OVE YOU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Dipetik daripada Muraisenja Online

Wednesday, March 18, 2009

Sejarah Kg Laut (II) sambungan


Raja Kampung Laut
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad I (1800 - 1837) Long Ismail sekali lagi dilantik menjadi Raja Muda; baginda menjadi pemebsar di Kg Laut dan berjaya memerintah dengan aman. Tetapi semasa Long Jenal menajdi Yang Dipertuan Kelantan(1837 - 1839), Long Ismail telah diketepikan dalam pentadbiran negeri. Sultan hanya mengadakan perundingan dengan Raja Bendahara, Raja Muda Penambang dan Raja Muda Bukit sahaja. Perbuatan Long Jenal menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Long Ismail. Ini mendorong kepada membuat pakatan menggulingkan Long Jenal.
Mengikut Raja Kg Laut, Long Jenal tidak berhak menduduki takhta kerana yg benar-benar layak ialah anak saudaranya Tg Long Senik Mulut Merah yg bergelar Raja Temenggung Aria Pahlawan sptmana yg diamanahkan oleh al-Marhum Sultan Muhammad I dahulu. Cadangan penggulingan ini mendapat sokongan daripada Engku Sri Maharaja dan Engku Perdana Menteri Jeram.
Langkah pertama yg dilakukan ialah Raja Kg Laut telah mengarahkan orang-orangnya menikam org2 raja Penambang yg datang menyaksikan Menora di Kg laut. tercetuslah perang saudara sehingga membawa kepada kekalahan Long jenal dan baginda melarikan diri ke Pattani. dgn itu Long Senik Mulut Merah telah diangkat sbg Yang Dipertuan Kelantan bergelar Sultan Muhammad II(1839 - 1886).
Di sini jelaskah Raja Kg laut berperanan besar dalam menggulingkan Long Jenal dan perlantikan sulatan yg baru. selepas itu, peranan Raja Kg laut mula pudar apabila berlakunya pemusatan kuasa di Kota Bharu.
bersambung...

Tuesday, March 17, 2009

Sejarah Kg Laut

oleh : Yusof B Nik Mohd Noor

Sejarah awal
Mengikut keterangan Wan Mamat b wan Seman, Kampung Laut dulunya merupakan sebuah kawasan yang terletak di tepi laut. Apabila berlakunya proses penimbunan dan pembesaran delta Sg kelantan maka kampung ini menajdi semakin besar dan semakin jauh dari laut, maka dari sinilah dikenal sebagai Kampung Laut.
Kg ini dianggap sebagai salah satu drp kg tertua di negeri Kelantan, dan dibuka bersama-sama kg Penambang, Kg Banggol, Kg jeram dan lain-lain. Nama Kg laut mula disebut dalam sejrah Kelantan pada penghujung abad ke-18 lagi iaitu semasa Long Yunus menjadi Yang Dipertuan kelantan. Semasa pemerintahan baginda, anaknya iaitu Tg Long Ismail telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Kg Laut.
Nama Kg laut juga disebut oleh Munsyi Abdullah semasa membuat lawatan ke kelantan pada 1836. Beliau menyebut :
..maka kira-kira setengah dua jam lamanya sahaya belayar mudek, sampailah kepada satu tempat yang bernama Pengkalan Tambang(Kg Penambang) iaitu berseberangan dengan Kg Laut..

Sejarah pembukaan Kg laut mungkin juga berlaku seawal abad ke-17 lagi jika dapat dikaitkan dengan satu bangunan tertua iaitu 'Masjid Kg laut'. Ahli sejarah berpendapat masjid tersebut telah didirikan tidak kurang 300 tahun dahulu.








..bersambung

*artikel ini dikutip drp Jurnal Persatuan Sejarah yg ditulis oleh Cikgu Yusof b Nik Mohd Nor/Abg Li(sepupu penulis)