Tuesday, April 14, 2015
Monday, April 13, 2015
Majlis Hafazan Peringkat WPKuala Lumpur
Alhamdulillah papa dan mama amat bersyukur kerana dianugerahkan anak yang berkebolehan untuk menghafaz ayat-ayat suci alQuranulkarim. Syukur kehadrat Allah atas kurniaanMu ini.
Peringkat Zon Sentul dinobatkan sebagai Johan. Namun peringkat negeri hanya mendapat saguhati sahaja. InsyaAllah akan diperbaiki untuk pada masa hadapan
Sunday, March 29, 2015
Majlis Anugerah Cemerlang SMKSB~Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1. Datuk Mary Yap
Tanggal 28 Mac 2015, tercatat dalam sejarah apabila seorang menteri peringkat persekutuan sudi menjejak kaki ke SMKSB. Beliau ialah YB Datuk Mary Yap Kain Ching iaitu Timbalan Menteri Pendidikan 1. Ketibaan beliau disambut dengan penuh meriah. Sementelahan guru-guru SMKSB telah bertungkus lumus membuat persiapan yang cukup rapi untuk menyambut kedatangan beliau. Terima kasih kepada AJK Majlis Anugerah Cemerlang yang diketuai oleh Pn Masliah Talib, selaku PK Tadbir dan Kurikulum. Dibantu oleh Pn Yong Lai Yeng iaitu penyelaras yang dilantik dalam kalangan Ketua Bidang. Tidak lupa juga guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan hari yang bersejarah tersebut.





























