Wednesday, November 26, 2014

26 November 2014. Keputusan UPSR

Sahabat Sejati: Irfan, Razak dan Aminul (ketiga-tiganya skor 5A)

Encik Saadun menyerahkan keputusan UPSR kepada Irfan. Diiringi oleh ibu, kakak dan adiknya

Admin lambat sampai kerana tugas rasmi tetapi sempat bersembang dengan guru besar dan murid-muird yang menerima keputusan UPSR

Wednesday, November 5, 2014

7 Tempat ajaib dan Mengagumkan

1.Pyramid of Giza

Piramid-piramid di Mesir sudah selalu dikatakan sebagai yang struktur pembinaan yang paling menakjubkan yang pernah dibina di dunia dan piramid Giza antara yang teristimewa. Piramid giza ini adalah pembinaan piramid yang terbesar dan Piramid Khufu merupakan satu daripada 7 benda ajaib lampau yang masih teguh berdiri. Lebih 10 juta pengunjung yang datang ke Mesir untuk menerokai piramid ini tertarik dengan misteri pembinaan piramid-piramid ini lantaran waktu pembinaan dalam tamadun yang tidak mempunyai teknologi canggih seperti hari ini.

2. Acropolis of Athen

Bangunan ini dikenalpasti sebagai pembinaan paling kompleks dan unik yang ditinggalkan oleh tamadunGreek Purba kepada masyarakat dunia. The Acropolis of Athen adalah antara tapak purba paling kerap dilawati di dunia. Pengunjung datang untuk melihat sendiri hasil ciptaan pengukir terkenalPheidias. Proses baik pulih telah mula dijalankan sejak tahun 1975 dan masih diteruskan sehingga kini.

3. Machu Pichu

Kawasan pelancongan paling popular di Peru, Machu Pichu telah digambarkan oleh UNESCO sebagai “an absolute masterpiece of architecture and a unique testimony to the Inca civilization”. Dibina dalam tahun 1460 pada altitude 2400 meter di atas paras laut, Machu Pichu telah ditinggalkan 100 tahun kemudian, sewaktu penjajahan Sepanyol. Terletak hanya 50 batu barat laut ibu kota lama Inca, Cusco,Machu Pichu tidak pernah ditemui oleh penjajah Sepanyol dan hanya ditemui pada tahun 1911 sewaktu Hiram Bingham, seorang sejarawan Amerika telah dibawa ke kawasan tinggalan ini oleh penduduk Cusco. Sejak itu, ia telah menjadi kawasan pelancongan utama dunia.

4. Stonehenge

Stonehenge adalah kawasan prasejarah yang terletak di negeri Wiltshire, lebih kurang 3.2 kilometer daripada Amesbury. Pakar arkeologi menganggarkan bahawa monument batuan ini telah didirikan sekitar tahun 2500 BC dipercayai digunakan sebagai kawasan perkuburan lampau. Selain menjadi kawasan purba tarikan pelancong, ia juga telah diiktiraf di dalam UNESCO’s list of World Heritage Sites in 1986.

5. Chichen Itza

Satu daripada contoh terunggul dan unik daripada senibina Maya, Chichen Itza adalah satu kawasan tinggalan besar yang terletak di Utara Semenanjung Yucatan. Walaupun penemuan arkeologi telah menunjukkan kawasan purba ini musnah dalam tahun 1000 AD, tinggalan jalan yang menghubungkan semua struktur utama kota dan senibina yang kompleks menggambarkan betapa majunya peradaban purba ini suatu masa dahulu. El Castilo, juga dikenali sebagai Temple of Kukulkan, telah dinamakan sebagai satu daripada New Seven Wonders of The World selepas pengundian antarabangsa.

6. Pompeii

Terletak berdekatan Naples di daerah Campania, Italy, Pompeii adalah kawasan tinggalan purba di kota Rom, tertimbun dibawah aliran larva dan debu-debu sewaktu letusan Gunung Vesuvius dalam tahun 79 AD. Setelah sekian lama, Pompeii telah ditemui semula secara tidak sengaja pada tahun 1748 dan penemuan seterusnya membongkar rahsia kehidupan sewaktu zaman kegemilangan empayar Rom. Kawasan tinggalan ini adalah antara yag paling popular di Itali dengan lebih 2.5 juta pengunjung pada tahun 2008 sahaja.

7. Ayutthaya

Dibina pada tahun 1350 oleh King U-Thong, Ayutthaya pernah menjadi ibu kota kerajaan Siam dan merupakan satu daripada Bandar paling besar di dunia ketika itu dengan populasi seramai lebih kurang 1 juta penduduk dalam tahun 1700. Ia juga merupakan antara Bandar paling cantik di dunia dengan 3 istana mewah dan lebih 400 kuil keagamaan. Ayutthaya telah dibakar oleh tentera Burma sekitar tahun 1767, namun begitu, ia masih mampu menarik jutaan pelancong setiap tahun yang bersemangat untuk melihat tinggalan hebat Thailand ini.

http://aiyangdisayang.blogspot.com/

Sunday, November 2, 2014

Wajib Baca ! Akhirat dan Dunia

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM..

.

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*

Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya... "pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebarknlah,xperlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri. . .

copy dari group whatsapp

SPM ! Tumpuan Khusus Untuk Tajuk Berikut

Kredit untuk CIKGUSEJARAH

SPM~ Isi Penting Untuk Peperiksaan

Kredit untuk blog CIKGUSEJARAH

Wednesday, October 29, 2014

SPM MU TUNGGU AKU DATANG...

Apabila dibaca tajuk posting ini berulangkali teringat judul sebuah filem yang diarahkan oleh saudara Piere Andre dan penampilan khas daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI) iaitu Ustaz Mu Tunggu Aku Datang..

Namun posting ini tidak berkaitan dengan filem tersebut malah berkisar tentang penantian calon SPM 2014 untuk menduduki peperiksaan yang akan bermula 3 November ini. Memasuki alam persekolahan seawal 6 tahun di tadika, kemudian melangkah ke alam sekolah rendah selama 6 tahun. Meningkat ke sekolah menengah daripada tingkatan 1 hinggalah ke penghujung tingkatan 5..Ini bermakna seseorang calon sudah berada di alam persekolahan selama 12 tahun. Peperiksaan yang akan diduduki nanti adalah kemuncak keberadaan mereka di sekolah. Seumpama pelari olahraga 100m atau 1000m yang sudah menjalani latihan bertahun-tahun untuk menyertai acara di peringkat Asia ataupun Olimpik. Latihan serta input yang diperoleh bertahun-tahun itu seharusnya dijadikan sumber kepada kecemerlangan untuk acara yang terakhir tersebut. Begitulah jua dengan calon SPM.

Admin telah mengambil SPM sekitar tahun 1988 di sebuah sekolah berasrama penuh di Kelantan. Suasana ketika menduduki peperiksaan di sekolah tersebut tidak banyak bezanya dengan di sekolah-sekolah yang lain. Masih ingat lagi pada tahun itu banjir besar berlaku di bandar Kota Bharu. Ini menyebabkan ada beberapa kertas terpaksa ditangguhkan kerana banjir dan menyukarkan calon-calon untuk ke pusat peperiksaan. Bagi kami pelajar-pelajar SBP tidak begitu bermasalah kerana tinggal di asrama dan tidak terlibat dengan banjir kerana kawasan sekolah tersebut agak tinggi dan tidak pernah berlaku banjir.

Calon-calon yang akan menduduki peperiksaan nanti dinasihatkan agar menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Makan dan minum perlu dijaga dengan baik. Yang memiliki motor sikal dengan lesen L itu tidak perlulah nak merempit-rempit di jalanan sambil menunjuk-nunjuk motor yang dipinjamkan oleh bapa ataupun abang. Sebaliknya fokus kepada pelajaran. Mata pelajaran BM dan Sejarah perlu diberi perhatian yang serius. Tanpa kedua-dua mp tersebut maka calon tidak layak untuk mendapat sijil. Apabila tidak mendapat sijil maka tidak layak untyuk masuk kolej. Jika tidak dapat masuk kolej maka terpaksa menduduki peperiksaan itu sekali lagi.

Saya berharap agar calon SPM 2014 ini nanti sudah bersedia dengan secukupnya daripada segi mental dan fizikal. Ibu bapa pun pada waktu ini sentiasa berdoa untuk kejayaan anak mereka. Ada ibu yang sanggup berpuasa pada setiap hari sepanjang anak-anak mereka mengambil peperiksaan. Sesungguhnya cukup mulia pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Bagi anak, balaslah pengorbanan ibu anda dengan sijil yang cemerlang untuk ibu bapa. Sesungguhnya itu sudah cukup untuk membayar segala penat lelah mereka.

Ada pelajar yang menyatakan bapa mereka seolah-oleh tidak menunjukkan emosi seperti yang ditunjukkan oleh ibu. Sebenarnya emosi bapa lebih bergelodak berbanding dengan ibu. Namun itu tidak ditunjukkan kerana bapa ini ada satu sikap iaitu EGO. Namun di belakang anak-anak, bapa ini akan menunjukkan rasa gembiranya dengan menceritakan kejayaan anak-anak di depan kawan-kawan di tempat kerja dan juga di kedai kopi. Ada yang sanggup membelanjakan kawan-kawan walaupun mahal. Untuk menunjukkan rasa gembiranya mereka

Yang pentingnya calon-calon perlu berusaha dan bertawakkal. Anda sudah berusaha dengan sepenuhnya...selebihnya serahlah pada Allah swt dengan melakukan solat hajat yang berterusan. Moga kejayaan yang terbaik akan anda kecapapi.

DO THE BEST.

Tuesday, October 28, 2014

PERISTIWA HIJRAH III

Sememangnya penghijrahan nabi Muhammad SAW dan pengikut baginda ke Madinah merupakan suatu peristiwa yang cukup besar dan bermakna dalam perkembangan Islam. Selama 13 tahun baginda dan orang-orang Islam dihina, disiksa dan dipulaukan oleh kaum Quraisy. Kita tidak lupa dengan tragedi yang berlaku ke atas Sumaiyyah dan keluarga, Bilal b Rabah yang disiksa dengan meletakkan batu bear di atas perut di tengah panas. (Sesiapa yang pernah ke tanah haram pasti merasai betapa panasnya cuaca di sana). Namun ini tidak melunturkan Rasulullah SAW untuk menyebarkan kalimah tauhid kepada orang Quraisy. Sambutan yang menggalakkan terutamanya dalam kalangan hamba abdi dan golongan yang tertindas membuatkan pembesar Quraisy menjadi berang. Oleh itu Umaiyah b Khalaf, Abu Lahab dan lain-lain telah bertindak dengan cukup ganas untuk mendera umat Islam yang nerupakan hamba sahaya mereka pada ketika itu.

Namun begitu, itu bukanlah alasan untuk menyebabkan penghijrahan mereka ke Madinah tetapi adalah atas titah daripada Allah swt melalui surah al-Anfal yang menjelaskan tentang niat orang kafir Quraisy dan telah berkomplot bersama-sama dengan puluhan pemuda daripada pelbagai suku untuk membunuh nabi Muhammad SAW. Tindakan itu diambil setelah mereka berputus asa dengan iltizam nabi Muhammad untuk teruskan usaha dakwah walapun ditawarkan dengan tiga Ta.

Umat ISlam sebenarnya telah berhijrah secara senyap-senyap ke Madinah. Mreka bergerak pada waktu malam. Antara kalangan sahabat baginda, Umar alKhattab adalah antara yang paling berani dengan mengisytiharkan keislamannya dan mencabar orang kafir Quraisy untuk menahan beliau daripada berhijrah ke Madinah. Sebetulnya orang Quraisy tidak berani berdepan dengan Umar kerana beliau merupakan orang yang cukup 'gedeber' sewaktu bersama-sama dengan orang Quraisy. Dan sikap itu terbawa-bawa sehingga beliau memeluk Islam.

bersambung....InsyaAllah