Saturday, October 18, 2014

Catatanku: No Money No Talk?

Ya,duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Duit, duit di mana kau duit?
Ayah aku kata "Kau nak buat apa simpan duit banyak-banyak bukan boleh bawak masuk kubur pun." *Maksud ayah aku dekat sini, kau kalau ada duit banyak pun, kalau kedekut tak guna jugak. Kalau ada duit banyak pun tak bersedekah tak guna jugak. Kau ada duit banyak pun tapi hati kau tak tenang, no point la duit banyak.*
Aku tak kata semua orang yang banyak duit ni kedekut, tapi ada segelintir, yang kita memang dah jelas, bila bab duit saja, tanya soalan macam apa je. Segelintir jugak, bila duit banyak, akan rasa tak cukup, tak cukup dan tak cukup. Sebab apa? Sebab kehendak diri makin tinggi. Yela, tau dah banyak duit, macam-macam lah kita nak beli. Nak beli itu, nak beli ini, nak buat itu, nak buat ini. Sebab itu, duit yang ada kita rasa macam air mengalir. Bila kita tau duit tak banyak, baru kita akan fikir 80 kali nak beli itu ini, nak buat itu ini. Aku tak kesah dan tak marah pun orang yang berduit tu nak buat itu, nak buat ini. Hak korang, duit korang, suka hatilah korang nak buat apa kan. Itulah dinamakan sebagai NAFSU
Ini apa yang aku rasa bila aku ada duit:
1) Aku rasa, nak tukar handphone baru. 2) Aku rasa, nak tkar tayar kereta. 3) Aku rasa, nak beli runmah satu lagi. 4) Aku rasa nak beli gajet2 yang berada di pasaran! 5) Aku tak dapat nak senaraikan lagi...
Kehendak diri memang banyak, tapi tak semua yang kita boleh lunaskan. Kita ada tanggungjawab. Once dah ada duit, kita memang nak menyimpan, tapi kenapa tak boleh? Sebab :
1) Nak bayar kereta. 2) Nak bayar motor. 3) Nak bayar rumah. 4) Nak bayar minyak/ tol. 5) Nak shopping/ make up kereta. 6) Nak makan/ minum. 7) Nak bagi parents. (Sila bagi walau sedikit duit gaji korang kat mak bapak ye.Nak dapat berkat. Mak bapak redha, baru Allah redhai hidup kita. Itu formula utama.) 8) Nak bagi anak-anak duit poket. 9) Nak tulis lagi, banyak sangat rasanya.
Aku tak marah kalau ada yang nak berbisnes untuk jana pendapatan lain, tapi jangan ambil untung tinggi sangat. Nak cepat kaya? Orang lain pun buat macam tu. Paling penting, jangan aniaya orang lain. Kadangkala harganya melampau-lampau mahalnya..haish!
Nak cepat kaya untuk apa? 1) Nak pergi buat Haji/ Umrah (Alhamdulillah) 2) Nak senangkan mak bapak (Alhamdulillah) 3) Nak derma dekat rumah anak yatim (Alhamdulillah) 4) Nak tolong derma kat GAZA (Alhamdulillah) 5) Nak berzakat (Alhamdulillah) 6) Nak wakaf/infaq harta (Subhanallah, Alhamdulillah...syabas!)
Tapi nak cepat kaya untuk apa?
1) Nak ubah taraf hidup. 2) Nak kahwin lagi.Hihi ini org pompuan tak suka nih 3) Nak sambung belajar lagi. 4) Nak beli kelengkapan rumah. 5) Nak beli barang anak-anak.
*Semua ni boleh, tapi tak jadi kaya pun tak apa kan. Bersederhana itukan lebih mudah. Bukan semua orang pandai menguruskan duit. Serius! Aku mengaku, aku pun tak pandai nak urus duit. Kadang pakai 'boo' je beli. Tu yang kadang-kadang terjadi pembaziran. Siapa tak nak jadi kaya? Semua orang pun selalu berangan nak jadi kaya. Nak duduk rumah besar, nak pakai kereta besar, nak pakai emas banyak-banyak, nak ada syarikat yang untung berjuta-juta. Gila kau ada orang tak nak kaya? Aku pun pernah gak berangan nak jadi kaya. Tapi bila tengok kesan daripada orang yang melupakan akhirat dan mengejar dunia, aku jadi takut pulak nak kaya. Jadi kaya ni banyak gak risikonya. Jadi aku delete habis dalam otak aku nak jadi kaya raya. Aku dah cukup bebas dengan apa yang aku ada sekarang. Dah jadi cikgu pun sangatlah bersyukur. Dapat mendidik anak bangsa.. Tapi aku percaya, rezeki Allah itu ada di mana-mana. Jangan risau! Allah sentiasa tolong kita. Dengan syarat, letakkan keyakinan setinggi-tinggi pada-Nya. Jadi aku memang tak perlukan duit yang terlalu-lalu banyak. Nanti ada pulak yang kata aku ni tak ada motivasi diri la, tak ada 'aim' dalam hidup la, tak nak majukan diri langsung lah. Sampai bila nak hidup macam nilah. Tapi sebagaimana orang yang ada duit ni cakap "aku ada duit,suka hati akulah,duit aku, bukan duit kau." Macam itulah jugak aku, "selagi tulang empat kerat ni boleh aku guna nak cari rezeki, aku gunalah. Aku takda duit sekarang, tak semestinya sampai mati aku takkan ada duit." Perancangan masa depan amat berkait rapat dengan duit. Tak ada duit tak boleh :
1) Sambung Belajar.
2) Kahwin. (yang belum kahwin, terutamanya kaum lelaki. Selalu sangat kaum Adam dimomokkan oleh keluarga kaum Hawa dengan istilah "hang takda duit, jangan berangan nak dapat anak aku.") *aku harap, takda duit, bukan alasan untuk setiap pasangan itu tak bernikah.*
3) Sara isteri/ anak.
4) Hidup senang.
5) Beli kereta/ rumah.
Maksud dia macam ni, walaupun duit tak boleh masuk kubur, tapi kita kena menyimpan untuk anak-anak kita satu hari nanti. Hutang adalah sesuatu yang sangat digeruni semua orang, tapi bila dah pandai pinjam, kena pandai bayar. Kalau mati dalam berhutang, roh kita akan tergantung di antara langit dan bumi. Na'uzubillah. Meaning kita tak akan tenang. Janganlah hidup di dunia tak tenang, dah mati tak tenang, akhirat pun tak tenang.
Nak cepat kaya untuk apa?
1) Beli kereta baru yang lagi mewah.
2) Beli rumah besar yang lagi luas.
3) Beli handphone yang lagi canggih.
4) Beli barang yang berjenama.
5) Beli emas banyak-banyak.
6) Kumpul harta
.
*Kalau di atas ini penyebabnya, oh sungguh rugilah kamu. Aku tak cakap tak boleh nak buat semua tu. Boleh sangat. Tapi kena usaha, guna cara paling bersih. Bukan dengan cara kotor untuk mudah dapat duit. Itu tak betul. Buat semua itu untuk siapa? Diri sendiri atau keluarga? Dua-dua, kerja keras demi keluarga. Ada juga untuk diri sendiri. Tapi untuk keluarga itu untuk siapa ya? Merangkumi mak bapak tak? Kalau ada, alhamdulillah. Tapi di dunia akhir zaman ni, aku tertanya-tanya, berapa nisbah dalam 100 orang? Aku tulis ini, bukan aku nak kata aku tak perlukan duit, aku nak tunjuk baik, or apa-apa saja persepsi korang pada aku lepas ni. Duit memang penting, tapi jangan sampai jadi hamba pada duit.
Buat masa ini, aku boleh lagi hidup tanpa berkereta mewah, berumah besar, berduit banyak, berbeli barang berjenama, beremas bagai penuh satu badan. Iklan jap ~>(Emas penting tau sekarang, kumpul jangan tak kumpul. Sebab nilai mata wang kertas dah tak akan berguna/tak laku bila kiamat dah dekat! Erk tapi siapa yang sanggup nak hidup bila kiamat dah dekat?) Ingatlah hari akirat dalam mengejar dunia. Seperti yang dinyanyikan oleh kumpulan Wali Band
disesuaikan dari blog NIYA

Friday, October 17, 2014

Merisik Khabar - Allahyarham Sudirman Hj Arsyad

Pabila mendengar lagu ini terkenang ketika belajar di SMK Tg Panglima Raja Lemal 1987 tingkatan 4 sains 1. Boleh dikatakan pelajar yang berada di kelas ini hanya 'transit' untuk ke sekolah yang lebih berprestij sperti SBP, MRSM dan Vokasional. Alhamdulillah aku juga mendapat rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke SMS Tg Faris Petra, Pengkalan Chepa pada tahun yang sama iaitu 1987. Guru kelas aku di SMK Tiang Chandi iaitu Cikgu Aedah antara insan yang banyak berjasa kepadaku.Beliau sanggup membawa surat tawaran yang sampai di SMK Tiang Chandi untuk disampaikan kepadaku. Terima kasih CIKGU AEDAH ISMAIL. Sekarang beliau sudah pencen dan menetap di Lemal.

Thursday, June 26, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

Tanggal 26 Jun 2014 bertempat di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Cheras telah berlangsung penganugerahan khidmat cemerlang kepada para warga pendidik di JPN Wilayah Persekutuan. Aku adalah antara 11 orang guru SMKSB dan antara 1579 penerima yang bertuah dipilih untuk menerima anugerah tersebut daripada seluruh sekolah di WPKuala Lumpur. Terimaksih banyak-banyak kepada para pentadbir terutamanya Tuan Haji Che Yahya yang memberi kepercayaan kepada aku untuk menerima anugerah tersebut. Sesungguhnya anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah atas usaha dan jasa mereka dalam meningkatkan kemajuan pendidikan dan sahsiah pelajar. Sejak akhir-akhir ini SMKSB menjadi tumpuan pihak PPW Sentul serta JPN WPKL untuk bertandang ke sekolah ini. Acara bola tampar, mesyuarat Guru Kanan, mesyuarat Kokurikulum telah diadakan di SMKSB.
Menurut Tn Haji Che Yahya SMKSB menjadi sebutan Tuan Pengarah JPN WPKL serta Pengarah PPW Sentul. Itulah transformasi yang dilaksanakan oleh Tuan Pengetua kita. Yang manisnya Tuan Haji Che Yahya juga mendapat pengiktirafan daripada JPN WPKL untuk menerima anugerah Perkhdmatan Cemerlang dalam kategori Pengetua. Seramai 20 Pengetua/Guru Besar yang menerima APC pada tahun ini. Beribu-ribu tahniah diucapkan daripada warga SMKSB.
Tuan Haji Che Yahya juga telah diberi penghormatan untuk mewakili para penerima anugerah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JPN WPKL. Sesungguhnya menurut beliau anugerah yang diterima ini bukanlah satu lesen untuk berbangga tapi satu lonjakan untuk kecemerlangan yang lebih baik lagi pada masa depan. Insya Allah.

Wednesday, May 7, 2014

Kisah Benar di Sebalik Kejatuhan Melaka

Kita disogokkan dengan idea dan gambaran bahawa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah ketinggalan zaman dan kolot. Mesti ada yang akan berkata itu peristiwa lama yang tidak memberi kesan pada kita pada hari ini. INILAH SEBENARNYA KEBENARAN YANG MEREKA MAHU SUPAYA MELAYU PERCAYA. Salah satu perkara tersebut ialah sejarah Melayu yang digelapkan. Kenapa sebut digelapkan? Kerana saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja... Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng muluk seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar. Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam? Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat? Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah? Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula bajuMelayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman... Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh? “Tidak. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno,” kawan Alter bercerita ala seorang pejuang bangsa di hadapan beberapa orang kenalan lain pula. “Dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam dan istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau membuat sendiri, sudah kenal apa itu baju besi. Malah aku yakin orang Melayu sudah mampu membuat semua alatan perang ini sendiri. Ingat Melayu dahulu bodoh sangatkah?” --> “Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang,” dia meneruskan. “Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.” Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak... “Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?” kawan Alter mengutarakan. “Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka?” Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? Satu soalan cepumas yang membuat ramai kenalan pemuda itu ternganga... “Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah,” dia mencabar pula. “Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?” “Inilah akibatnya bila raja yang lemah diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara.” kawan Alter terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?” Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! kawan Alter juga pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot... Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil. Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi. Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka. Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka. Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka. Itu sejarahnya yang tercatat.... pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah. Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511. Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” kawan Alter memberi nasihat berguna bahawa sifat Melayu beginilah yang harus di ubah. Diharap dengan pendedahan ini Melayu dapat memperbaiki diri dan dekatilah diri kita kepada Allah SWT supaya kita dapat menjunjung tinggi agama dan bangsa kita.... Amin