Saturday, March 8, 2014
Tragedi Kapal terbang MAS MH370 ~ malaysiakini
Waris penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370, telah diberitahu pada jam 1.30 tengahari tadi supaya bersedia untuk diterbang ke lokasi yang tidak dinyatakan.
"MAS kata kami perlu bersedia untuk dihantar (di sana)... pada pukul 6 petang hari ini," kata seorang waris seseorang penumpang pesawat itu kepada pemberita.
Difahamkan, antara lain, waris penumpang telah diminta bersedia pasport mereka.
Seorang lelaki itu yang enggan dikenali, yang bercakap kepada media di luar kawasan yang menempatkan waris penumpang, berkata MAS akan membawa dua waris bagi setiap penumpang dengan pesawat MH307.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut ke mana mereka akan diterbangkan.
MAS telah dihubungi tetapi ia masih belum mengesahkannya.
Penerbangan MH370, sebuah pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA, hilang di ruang udara Vietnam.
Tentera laut Vietnam mendakwa pesawat itu terhempas di perairan mereka, tetapi kerajaan Malaysia masih berusaha untuk mengesahkan ini.
Pesawat itu membawa 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal. Terdapat 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia dalam pesawat itu.
Setakat ini, pihak berkuasa Vietnam, Malaysia dan China sedang melancarkan misi bersama mencari dan menyelamat.
#moga keluarga mangsa bersabar. Ajal maut di tangan Allah
sumber : malaysiakini
Wednesday, March 5, 2014
Kepentingan Mempelajari SEJARAH
Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para pelajar masa kini. Mereka tidak memahami bahawa Sejarah amat penting untuk masa dpan negara.Menurut George Santayana mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya. Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana ini merupakan sejarah negara kita.oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah.
Ambil misalan bagaimana seseorang individu yang melalui sebatang jalan di sebuah kampung dengan tiba-tiba terjatuh dalam sebuah lubang yang wujud mungkin disebabkan hakisan atau sevagainya kawasan tersebut. Dua bulan kemudian, orang yang sama melalui jalan yang sama tetapi malangnya terjatuh lagi ke dalam lubang yang sama. Apa sebab ini berlalu kerana dia tidak belajar apa yang telah berlaku sebelum ini. Secara jelasnya individu itu tidak mempelajari sejarah. Begitu juga kita jika tidak cuba untuk mempelajari sejarah masa lalu pasti kita akan megulangi kesilapan yang lalu.
Selain itu, mempelajari sejarah dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, jika kita lihat senario pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa –apa faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita.nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.
Seterusnya, kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat pokok dan rakyat kita ibarat akar. pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil, maka, perpaduan dapat dikekalkan. Negara kita penah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara pada masa itu ibarat telur di hujung tanduk. Selepas terjadinya peristiwa hitam itu, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu dipelihara agar tragedi itu tidak berulang kembali
Secara jelasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah negara amat penting dalam pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah air yang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya tidak sewajarnya mengeluh untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan serta pengajaran untuk pedoman hidup. Sesungguhnya semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah impian yang belum menjanjikan kepastian.
Wednesday, February 26, 2014
Monday, February 24, 2014
Sunday, February 9, 2014
Iklan jap...
Penjimat Minyak Terkini
Kini hasil R&D lebih dari 16 tahun kami berjaya menghasilkan satu Produk BioDiesel Penjimatan Minyak Petrol/Diesel berasaskan Minyak Sawit Malaysia dari Gabungan Aditif Produk keluaran Manufacture kami ianya TERBUKTI dapat menjimatkan penggunaan Petrol/Diesel melebihi dari 50%. Bahan Utama OIL SAVE 1 WORLD;
70% minyak sawit mutu No. 1
30% komponen Aditif yang diluluskan (R&D)
Block Piston sentiasa Licin ini bagi membantu kerja naik Turun Piston Enjin Juga membantu kerja minyak Hitam
Valf Sentiasa bersih Dan Tertutup Dengan Rapat Angin Tidak akan Masuk di Bahagian Ini
Bateri akan tahan lebih lama dari jangka hayat nya
Sebotol = RM10
1 Pek 5 botol =RM40
untuk dapatkannya sila hubungi saya: En Wan Noor Azmi SMS/Whatsapp 0193300139
Saturday, February 8, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)








