Tuesday, February 19, 2013
Monday, February 18, 2013
10 Sungai Yang Terkotor di Dunia
Sungai sebenarnya adalah sumber air bagi warga sekitarnya dan juga sebagai sumber mata pencarian bagi nelayan. Namun demikian banyak sekali sungai di dunia ini yang sudah tercemar oleh perbuatan manusia. Berikut adalah 10 sungai-sungai terkotor di dunia.
1. Sg Citarum
Sungai Citarum terletak di Jawa Barat, Indonesia. Sungai ini sudah kelihatan seperti kolam sampah padahal sebenarnya sungai ini menjadi sumber air untuk agrikultur dan sumber air bagi penduduk di sekitarnya. Tetapi sungai ini sangat tercemar oleh perbuatan tangan-tangan manusia dan dipenuhi sampah. Pada Disember 2008, Bank Pembangunan Asia menyetujui pinjaman sebanyak $ 50.000.000 hanya untuk membersihkan sungai tersebut.
2. Sg Yamuna
Yamuna adalah sungai yang sangat tercemar dimana 58% sampah dari New Delhi, ibu kota India, dibuang di sungai ini. Sudah sebanyak Rs 17.000.000.000 wang yang dikeluarkan untuk membersihkan sungai ini, tetapi masih belum ersih. Pemerintah India sekarang sudah angkat tangan dalam usahanya membersihkan sungai ini.
3. Sg Buringa
Buriganga adalah sungai utama di samping kota Dhaka, Bangladesh. Banyak makhluk mati dibawah sungai ini.
4. Sg Yellow, China
Sungai Yellow River ini merupakan sungai terbesar kedua dan sumber air untuk jutaan penduduk di sebelah Utara China. Akan tetapi sungai yang menjadi sumber air ini terpolusi sekarang karena kontaminasi dari limbah industri
5. Sg Marilao, Filipina
6. Sg Ganges, India
7. Sg Songhua, China
8. Sg Missisippi
9. Sg Sarno, Itali
10. Sg King, Australia
Friday, February 15, 2013
15 Rahsia Keajaiban Kaabah Yg Perlu Anda Ketahui
ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUIBerikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama إن شاء الله(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)
Wajah Terkini Surau Darul Musada
Alhamdulillah sejak surau Darul Musada ditadbir oleh pengurusan baru pada bulan April 2009, pelbagai pembaharuan telah berjaya dilaksanakan di surau ini. Kebetulannya admin telah dilantik sebagai AJK surau maka banyak yang telah admin belajar untuk membina diri sendiri serta membawa masyarakat ke arah sayangkan surau. Oleh itu pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang 3 tahun dipegang oleh pihak kami. Maka bulan April ini berakhirlah mandat kami sebagai AJK Surau Darul Musada. Maka terpulanglah kepada masyarakat di kawasan ini sama ada ingin mengekalkan JK yang sedia ada atau melantik ajk yang baru. Namun begitu terdengar ura-ura ada pihak yang berkenaan akan mengambilalih JK surau kali ini serta menyusun mengikut kehendak dan selera mereka sebagaimana sebelum tahun 2008. Oleh itu tepuk dada tanyalah iman. Kepada Allah kita berserah.
Pandangan dari luar
Pantri
Tempat Mengambil wuduk
Piagam Surau
Pandangan dari dalam surau (dilengkapi aircond)
Pengerusi Surau Imam Jailani Hashim
Bilal Bertugas Sdra Tajul
Bekas Setiausaha Surau : En Jamal Nasir
Thursday, February 14, 2013
Nostalgia - Program Motivasi
Teringat sewaktu belajar di USM dulu. Program motivasi adalah antara acara yang kerap diikuti oleh pelajar-pelajar pendidikan USM. Antara rakan-rakan yang bergiat aktif ialah Cikgu Muhamad Daud (GC di SMS TG Mohd FAris Petra), Mat Khailani (BTN, K.Tganu), Cikgu Tg Hasnubahari(GK Kg Raja Besut), Cikgu Hj Yasmin yg merupakan GC SMK St Teresa, Kuching dan lain-lain lagi.
Program ini selalunya diatur oleh JK Himpunan Anak-Anak Kelantan USM (HAAK). Kami selalu mengadakan program motivasi yang diadakan di Dewan Murni, Kampus Kedoktoran USM, Kubang Kerian. Pelajar-pelajar yang terpilih terdiri daripada pengawas sekolah serta yang berminat. Admin pernah menjadi fasilitator kecemerlangan pelajar Kelantan pada tahun 1993. Ketika itu admin berada di Tahun Dua. Banyak pengalaman yang menarik dan tidak dilupakan antaranya ialah apabila menjadi bidan terjun untuk acara memanaskan badan. Hinggakan ada yang mengadu sakit-sakit belakang kerana pergerakan yang dibuat oleh admin sangat 'luar biasa'. Apa tidaknya, dimulakan dengan gerakan yang lasak terlebih dahulu
Apabila menjelang malam motivator yang berpengalaman seperti Cikgu Muhamad Daud dan Hj Yasmin akan mengambil alih tugas masing-masing. Para peserta dibawa berkumpul dan akan dibacakan kisah yang bermula "seorang bayi yang baru lahir sehinggalah menjadi dewasa. Namun, disebabkan pergaulan yang bebas maka pelajar itu menjadi liar dan tidak tahu mengenang budi terhadap guru dan ibu bapanya. Yang paling bestnya bacaan kisah tersebut diiringi dengan muzik Kitaro iaitu 'Caravansary'. Ikutilah muziknya yang syahdu dan bisa menggegarkan jiwa yang mendengarnya
Tuesday, February 12, 2013
Selamat Tahun Baru Cina
Selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua rakan-rakanyang berbangsa Cina. Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, inilah keistimewaannya negara kita kerana dapat menyaksikan kemeriahan sambutan perayaan setiap bangsa.
Seperti biasa kalau Tahun Baru Cina, kawasan perumahan aku ini dah jadi macam pesta. Malam sambutan memang tak dapat lelapkan mata, bunyi mercun berdentam-berdentum seakan kita berada di medan peperangan pulak! Tapi memang seronok, pesta bunga api yang hanya dapat disaksikan setahun sekali. Itulah simbolik perayaan mereka..
Apa yang menghairankan.. tak ada pulak yang cedera putus jari ke.. putus tangan ke.. walaupun mercun yang di main ala-ala peluru dan ledakan meriam..
Selain Hari Raya, Tahun Baru Cina juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia, dan cuti Raya Cina juga agak panjang. Aku rasa pasti ramai yang telah pun selamat pulang ke kampung masing-masing. Bagi yang meninggalkan rumah tu, pastikan keselamatan rumah dijaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)







