Sunday, March 29, 2015

Perasmian KIOSK PPKI & Sambutan Tahun Baru Cina 2015

Karnival ppDa Peringkat SMKSB 2015

Majlis Anugerah Cemerlang SMKSB~Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1. Datuk Mary Yap

Tanggal 28 Mac 2015, tercatat dalam sejarah apabila seorang menteri peringkat persekutuan sudi menjejak kaki ke SMKSB. Beliau ialah YB Datuk Mary Yap Kain Ching iaitu Timbalan Menteri Pendidikan 1. Ketibaan beliau disambut dengan penuh meriah. Sementelahan guru-guru SMKSB telah bertungkus lumus membuat persiapan yang cukup rapi untuk menyambut kedatangan beliau. Terima kasih kepada AJK Majlis Anugerah Cemerlang yang diketuai oleh Pn Masliah Talib, selaku PK Tadbir dan Kurikulum. Dibantu oleh Pn Yong Lai Yeng iaitu penyelaras yang dilantik dalam kalangan Ketua Bidang. Tidak lupa juga guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan hari yang bersejarah tersebut.